Pakej




A Gogoh `n` night walk ( Tahun 2011 )
       GOGOH  adalah satu perkataan orang melayu berketurunan Jawa   yang bermakna menggagau /menangkap ikan secara tradisional yang   biasa di lakukan oleh penduduk kampong  selepas padi di tuai. 

       Night Walk adalah aktiviti berjalan malam di sekitar sawah padi dan hutan di tepi sungai untuk melihat dan mengenali flora dan fauna serta menikmati keindahan dan merasai ketenangan di waktu malam.





1) Pakej Lawatan Sehari
RM 65.00 seorang ( min 40 orang )  


- bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
- minum selamat datang  dan makan tengahari
- aktiviti  mewarna batik canting, 
menumbuk padi dan menggagau ikan ( Gogoh ).
      


2) Pakej 2 Hari 1 Malam
RM 120.00 seorang ( min 40 orang )

- minum selamat datang.
- 1 x makan tengahari, makan malam dan sarapan pagi.
- aktiviti mewarna batik canting, menumbuk padi,
 memancing  atau menggagau ikan ( Gogoh ),
- aktiviti berjalan malam melalui sawah padi atau denai di tepi  sungai      
- lawatan ke kebun mangga, bengkel membuat 
bahulu / kerepek pisang, kilang 'nata de coco' dan sawah padi.
  


Aktiviti menggagau ikan ( GOGOH )



3) Pakej 3 Hari / 2 Malam
RM 198.00 seorang ( min 40 orang )

Sambutan bunga manggar, kompang & minum selamat datang.  
2 x makan tengahari, makan malam & sarapan pagi. 
- aktiviti mewarna batik canting, menumbuk  padi, memancing ikan  
ATAU  menggagau ikan ( Gogoh ),
- aktiviti berjalan malam melalui sawah padi atau denai di tepi sungai.
lawatan ke kebun mangga, sawah padibengkel membuat 
bahulu / kerepek  pisang dan  kilang nata de coco.
-Satu persembahan kebudayaan  ( Tarian Kuda Kepang ) 
di berikan percuma untuk bilangan pelawat  yang melebihi 40 orang.

Flora dan Fauna yang boleh di temui pada aktiviti berjalan malam. 





HARGA AKTIVITI 2011:

AKTIVITI
HARGA
MEMANCING IKAN / BELUT
 RM 10.00 SEORANG
BERJALAN MALAM
 RM 10.00 SEORANG ( min. 10 orang )
GAGAU IKAN
( menangkap ikan di sawah padi )
RM 10.00  SEORANG

MENCARI KERANG / REMIS
RM 10.00 SEORANG
MEMBUAT LAYANG - LAYANG
RM 10.00 SEORANG
MEMBUAT TROMPIT
RM 10.00 SEORANG
SUKANEKA ( 1-3 permainan )
RM 10.00 SEORANG (min.10 orang )
MEWARNA BATIK CANTING
RM 15.00 SEORANG
NELAYAN SEHARI
RM 250.00 / TRIP./ BOT.
MEMBUAT ORANG ORANG
RM 50.00  SATU ORANG -ORANG
AKTIVITI KEBUDAYAANHARGA
KOMPANG DAN BUNGA MANGGAR
RM 200.00
 SILAT
RM 200.00
KUDA KEPANG
RM 500.00
TARIAN MELAYU
RM 650.00
GHAZAL PATY
RM 700.00
GAMELAN / WAYANG KULIT
RM 800.00
PERSANDINGAN PENGANTIN
RM 1500.00
SENARAI MAKANAN / MINUMAN
HARGA
MINUM AIR KELAPA MUDA
RM 4.00 SEORANG
MINUMAN RENGAN
RM 3.00 SEORANG
HI TEA
RM 10.00 SEORANG
SARAPAN PAGI
RM 10.00 SEORANG
MAKAN TENGAHARI
RM 10.00 SEORANG
MAKAN MALAM
RM 10.00 SEORANG
NASI KAWAH
RM 10.00 SEORANG ( min 10 orang )
NASI AMBENG
RM 50.00 SATU HIDANG



PENGINAPAN
HARGA


BILIK HOMESTAY
(bilik di dalam rumah orang kampong)

RM 60.00 -70.00 SEBUAH

SEMALAM.


CHALET

RM 60.00 - 80.00 SEBUAH

SEMALAM


RUMAH  KAMPUNG


RM 150.00 SEBUAH / SEMALAM
PENGINAPAN DAN MAKAN 3 X UNTUK 2 HARI 1 MALAM DI HOMESTAY
( free and easy )


RM 60.00 SEORANG.





KAMPUNG STAY


 
       Selain Homestay kami juga  menawarkan beberapa jenis penginapan seperti Rumah Kampung dan Chalet untuk kemudahan anda yang ingin bersantai di Kampung. Seolah-olah anda berada di kampung sendiri.atau anda dan keluarga ingin mengadakan kenduri, hari keluarga, meraikan rombongan pengantin dan sebagainya. Antara tempat penginapan yang di sediakan adalah seperti berikut .







a) Rumah Kampong - RM 150.00 sebuah / semalam

Lokasi Rumah Kampung yang terletak dalam kebun.
  
Kemudahan yang di sediakan:
--> 3 bilik tidur yang selesa
--> 2 bilik air
--> pemanas air
--> ruang tamu yang luas
--> dapur 
--> set BBQ
--> Televisyen




b) Chalet  idaman - RM 80.00 sebilik / semalam

Chalet idaman bersebelahan dengan rumah kampong.

Kemudahan di setiap bilik :
--> Bilik berhawa dingin
--> Katil kelamin
--> bilik air
--> pemanas air
--> Televisyen