Aktiviti






Kebudayaan Melayu


Pepatah melayu ada mengatakan, 
kelembutan bahasa melambangkan kesopansantunan dan etika yang baik melambangkan ketatasusilaan. Memahami sesuatu budaya untuk mengenalpasti kekuatan manusia adalah sebahagian daripada cara untuk mengetahui kekuatan sesebuah bangsa.


Dorani Homestay adalah salah satu destinasi pelancongan yang masih mengekalkan kekuatan kebudayaan melayu yang mana kebudayaan ini menggambarkan maruah sesuatu bangsa. Walaupun ia semakin dilupai oleh generasi muda, aktiviti kebudayaan ini terus hidup sebagai warisan kebudayaan untuk tinggalan pewaris tradisi ini.

Jika anda berminat dengan kesenian dan kebudayaan melayu seperti Pencak Silat, Tarian Kuda Kepang dan Barongan, Seni Muzik Gamelan, dan Wayang Kulit, luangkan masa anda mengikuti percutian desa di Dorani Homestay yang tentunya akan membuatkan anda terpesona.

Jangan lepaskan peluang ini!!
[kudakepang.JPG]







Redah Kasi Pecah di Dorani Homestay



Genre: Game Show



Language: Bahasa Melayu

Cast: Afdlin Shauki, Nabil Raja Lawak, Along Raja Lawak, 
Tauke Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, Harun Salim Bachik

Redah Kasi Pecah adalah sebuah program bercorak permainan yang membawa pelakon-pelakon komedi ke pelusuk kampung di negeri - negeri yang dikunjungi. Melalui program ini pemain yang terdiri daripada pelakon komedi akan bergabung dengan penduduk kampung yang dipilih untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan mengikut segmen yang telah ditetapkan. Siri jelajah program ini menggunakan bas sebagai pengangkutan rasmi dan latar belakang set.
Astro Warna, Malaysia, Malay, Lawak, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Comedy, Komedi, Melayu, Astro, Comedy, Komedi, Melayu, Astro,

   HAGRA RM 150.00 SEUNIT / SEMALAM.